Saturday 12 March 2011


Bahagian ketiga yang penting ialah belakang(back). Pusat graviti badan manusia terletak di tengah-badan. senaman untuk bahagian perut dan belakang badan penting untuk kestabilan badan manusia.

Bahagian kedua terpenting ialah bahu(trapezius/shoulder). Ia sangat berkait dengan bahagian pertama iaitu dada(chest/pectorials). Bahagian ini turut berkait dengan triceps dan biceps.

senaman untuk bahagian badan utama pertama




Ada tiga bahagian badan utama iaitu dada(pectorials/chest), bahu(trapezius/shoulder), belakang(back). Ia antara bahagian terpenting. Ini tidak bermakna bahagian badan lain tidak penting. Semua anggota badan perlu diberi perhatian. Apabila anda mula menjalani latihan beban atau kecergasan, bahagian-bahagian badan inilah yang akan diajar untuk permulaan.

Tuesday 1 March 2011

cerita di gymnasium~

Ramai yang bertanya pada saya,boleh tak kalau saya mahu 'biceps' saja besar'lain xmahu buat,atau 'bolehkah saya pergi ke gymnasium untuk senaman bahagian 'abs' sahaja'. Semua ini mengarut.
Pusat graviti badan terletak di tengah badan iaitu di bhgian perut dan belakang. Kalau senaman tertumpu pada otot abdomen sahaja ia akan menjadikan seseorang itu bongkok kerana otot abdomen menarik ke depan. Untuk menjadikannya stabil, perlu melakukan senaman untuk bahagian belakang badan. Hampir semua pergerakan perlu menggunakan tangan. Pergelangan tangan berkait dengan bahagian 'biceps' dan triceps. Ia melibatkan trapezius(bahu) ia bkait dengan pectorial(otot di dada). kaki perlu kuat untuk latihan beban kerana ada senaman yang memerlukan kita berdiri.
Sebab itu saya katakan yang semua bahagian badan berkait rapat. tidak ada jalan pintas atau senaman untuk bahagian yang disukai sahaja kerana postur badan akan menjadi pelik dan tidak stabil. Jika kita melakukan senaman untuk semua bahagian badan, kita akan dapat postur badan(muscle tone) yang cantik. Walau gemuk atau kurus sekalipun,jika seseorang itu mempunyai postur badan yang cantik,maka dia akan kelihatan segak mengenakan apa jua pakaian. Postur badan juga menggambarkan gaya hidup seseorang.
Bagi golongan yang obes atau obses ingin kurus dengan menggunakan produk-produk pelangsingan, semua itu hanya menipu dan menguntungkan pihak lain.Tiada istilah 'fat burner' dalam dunia ni.Jika benar ada yang berjaya mencipta 'fat burner',pasti dia akan dianugerahkan anugerah nobel kerana berjaya menyelesaikan masalah dunia.
Tidak ada istilah sihat tanpa senaman dan diet seimbang. Akan datang,saya akan menulis bagaimana untuk mengira kalori yang diperlukan.nantikannya~ ;)

Tips Gaya Hidup sihat

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

4. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Hidup sihat cara Nabi

SETIAP manusia pasti risau dengan keadaan kesihatan mereka apabila mencapai satu tahap umur kemudian hari. Pada zaman sekarang penyakit tidak mengenal usia malah usia seawal setahun pun boleh diserang penyakit berbahaya.
Manusia sentiasa menginginkan kesihatan terbaik supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Bukan sekadar kesihatan fizikal malah menuntut kesihatan rohani dan sosial. Kesihatan yang baik akan menghasilkan badan sihat, emosi seimbang, jiwa dan rohani tenang yang menjadi penyumbang kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Buku 365 tip sihat gaya Rasulullah ini merumuskan panduan gaya hidup sihat yang berlandas konsep kesihatan Islami yang diajar Rasulullah kepada kita 1,400 tahun dulu.
Panduan yang terkandung dalam buku ini tidak menimbulkan kesan negatif baik dalam jangka pendek mahupun panjang. Jika diamalkan, ia berupaya menghasilkan keputusan menakjubkan. Bagi mendapatkan tahap kesihatan terbaik dan awet muda, beberapa amalan penting perlu dilakukan sesuai dengan apa yang nabi anjurkan kepada kita. Ini termasuk perlunya kepada perilaku pintar, menjaga pemakanan, menjalani ibadat dengan sempurna, berdoa, melalui perubatan serta hidup dalam persekitaran sihat. Segala penerangan di dalam buku ini adalah hasil kajian daripada hadis Nabi Muhammad, petua pengamal perubatan Islam dan petua daripada ahli herba.
Antara tip menarik yang diutarakan di dalam naskhah ini adalah cara Nabi tidur.
Seperti yang kita ketahui nabi tidur dengan mengiring badannya ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala.
Dengan mengiring badan ke kiri ketika tidur dikhuatiri menekan perut yang akhirnya akan mengganggu proses pencernaan malah ia turut menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung untuk mengepam darah.
Apabila badan jika sihat kita mampu melaksanakan segala perintah Allah dengan sempurna tanpa sebarang gangguan. Petua dalam buku ini disusun kemas tanpa penerangan yang panjang lebar. Jadi penjagaan kesihatan adalah aspek yang perlu ada dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.